KPF 4023 Kandungan Kurikulum : Pentafsiran dan Penterjemahan Kurikulum Bilik Darjah
4.1 PENGENALAN
Kandungan kurikulum bilik darjah adalah penafsiran dan pertejamahan daripada dokumen rujukan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Dokumen Standard & Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Terdapat dua jenis pengetahuan kandungan kurikulum iaitu pengetahuan deklaratif dan pengetahuan prosedural.
Pengetahuan deklaratif
👉 Pengetahuan yang berkaitan dengan fakta dan maklumat-maklumat umum yang boleh dihuraikan atau diperjelaskan dan disimpan dalam dua bentuk, iaitu ingatan simentik dan ingatan berepisod.
👉 Pengetahuan deklaratif mengandungi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spefikasi Kandungan.
Pengetahuan prosedural
👉 Pengetahuan mengenai bagaimana untuk melakukan sesuatu dan bagaimana untuk melaksanakan langkah-langkah dalam sesuatu proses.
👉 Pengetahuan prosedural merangkumi proses, metod, prosedur dan tatacara.
Ada tujuh kriteria dalam pemilihan kandungan kurikulum iaitu Self-sufficiency, Significance, Validity, Interest, Utility, Learnability & Feasibility.
4.2 HUBUNGKAIT KURIKULUM KEBANGSAAN, KURIKULUM SEKOLAH & KURIKULUM BILIK DARJAH
~KURIKULUM KEBANGSAAN~
👍 Kurikulum rasmi/ideal.
👍 Pelaksanaan seragam.
👍 Peringkat pusat.
👍 Yang dihasratkan.
👍 Contoh: KSSR & KSSM.
~KURIKULUM SEKOLAH~
👍 Peringkat sekolah.
👍 Yang sebenarnya dilaksana.
👍 Peringkat institusi.
~KURIKULUM BILIK DARJAH~
👍 Peringkat bilik darjah.
👍 Yang dioperasikan.
👍 Peringkat pengajaran dan pembelajaran.
4.3 Dokumen Rujukan Kurikulum Bilik Darjah
4.4 Jenis Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran
4.4.1 Pengetahuan Deklaratif
Pengetahuan deklaratif adalah pengetahuan yang berkaitan dengan fakta dan maklumat-maklumat umum yang boleh dihuraikan atau diperjelaskan dan disimpan dalam dua bentuk iaitu ingatan simentik dan ingatan berepisod. Ingatan Simentik melibatkan maklumat seperti konsep, prinsip, peraturan, strategi menyelesaikan masalah dan boleh dihuraikan dan dijelaskan, disimpan dalam bentuk ruang rujukan iaitu rangkaian idea yang berkaitan antara satu dengan yang lain. Ingatan berepisod merupakan pengalaman kendiri yang berbentuk cerita atau analogi.
4.4.2 Pengetahuan Prosedural
Pengetahuan prosedural merupakan pengetahuan mengenai bagaimana untuk melakukan sesuatu dan bagaimana untuk melaksanakan langkah-langkah dalam sesuatu proses. Pengetahuan prosedural ini merangkumi pengetahuan yang berkaitan dengan kemahiran yang khusus dan sistematik.
4.5 Jadual Spesifikasi Kandungan
4.6 KRITERIA MEMILIH KANDUNGAN MATA PELAJARAN
4.7 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, terdapat hubungkait diantara Kurikulum Kebangsaan,
Kurikulum Sekolah dan Kurikulum Bilik Darjah dalam sistem pendidikan Malaysia
bagi menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (PFK). Bagi Kurikulum Kebangsaan, ianya dilaksanakan
secara berpusat, manakala Kurikulum Sekolah dilaksanakan di peringkat sekolah
dan Kurikulum Bilik Darjah dilaksanakan didalam bilik darjah yang dioperasikan
oleh guru-guru di seluruh negara. Antara dokumen yang diperlukan untuk menjadi
rujukan dalam menterjemahkan Kurikulum Bilik Darjah ialah Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Terdapat 2 jenis pengetahuan kandungan mata pelajaran iaitu Pengetahuan
Deklaratif dan Pengetahuan Prosedural. Bagi Pengetahuan Deklaratif, terdapat 5
jenis pengatahuan deklaratif iaitu fakta, konsep, prinsip, teori/hukum dan
generalisasi manakala Pengetahuan Prosedural pula hanya 4 jenis iaitu proses,
kaedah, prosedur dan tatacara. Bagi memilih kandungan mata pelajaran mestilah merangkumi
7 kriteria iaitu mampu diri, signifikan, boleh dipelajari, kesahan,
kebergunaan, menarik minat dan boleh dilaksanakan (self-sufficiency,
significance, learnability, validity, utility, interest dan feasibility) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Jadual Spesifikasi Kandungan (JSK) pula amatlah penting kepada seseorang
guru dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran.
Tahap keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada pengetahuan isi kandunagan
subjek. Dengan adanya JSK, ianya membantu guru dalam menyampaikan sesuatu ilmu
pengetahuan itu dengan bersistematik dan teratur.
No comments:
Post a Comment